Syarat Keahlian

KEAHLIAN PAPTI:

Keahlian PAPTI dibahagikan kepada:
  • Ahli Biasa - Warganegara Malaysia yang telah lulus atau pernah belajar di mana-mana pusat pendidikan tinggi di Indonesia
  • Ahli Bersekutu - Warganegara Malaysia yang sedang belajar atau belum menamatkan pengajian di mana-mana pusat pendidikan tinggi di Indonesia.
  • Ahli Seumur Hidup - Ahli Biasa yang telah menjelaskan yuran ahli seumur hidup sebanyak RM100.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Sahaja).
  • Ahli Kehormat - Individu tertentu yang dicadangkan oleh Majlis PAPTI dan dipersetujui oleh Mesyuarat Agung Tahunan.

HAK-HAK AHLI:
  • Ahli Biasa berhak bersuara, mengemukakan cadangan dan mengundi dalam Mesyuarat Agung dan berhak menjadi ahli Majlis atau sebarang jawatankuasa PAPTI.
  • Ahli Bersekutu berhak bersuara dan mengemukakan cadangan dalam Mesyuarat Agung tetapi tidak berhak mengundi dan hanya boleh dilantik sebagai ahli di dalam jawatankuasa biro sahaja.
  • Ahli Kehormat boleh bersuara, tetapi tidak berhak mengemukakan cadangan dan mengundi dalam Mesyuarat Agung; dan tidak berhak menjadi ahli sebarang jawatankuasa PAPTI.

Catatan Popular

Arkib Blog