KEAHLIAN PAPTI:
Keahlian PAPTI dibahagikan kepada:
- Ahli Biasa - Warganegara Malaysia yang telah lulus atau pernah belajar di mana-mana pusat pendidikan tinggi di Indonesia
- Ahli Bersekutu - Warganegara Malaysia yang sedang belajar atau belum menamatkan pengajian di mana-mana pusat pendidikan tinggi di Indonesia.
- Ahli Seumur Hidup - Ahli Biasa yang telah menjelaskan yuran ahli seumur hidup sebanyak RM100.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Sahaja).
- Ahli Kehormat - Individu tertentu yang dicadangkan oleh Majlis PAPTI dan dipersetujui oleh Mesyuarat Agung Tahunan.
HAK-HAK AHLI:
- Ahli Biasa berhak bersuara, mengemukakan cadangan dan mengundi dalam Mesyuarat Agung dan berhak menjadi ahli Majlis atau sebarang jawatankuasa PAPTI.
- Ahli Bersekutu berhak bersuara dan mengemukakan cadangan dalam Mesyuarat Agung tetapi tidak berhak mengundi dan hanya boleh dilantik sebagai ahli di dalam jawatankuasa biro sahaja.
- Ahli Kehormat boleh bersuara, tetapi tidak berhak mengemukakan cadangan dan mengundi dalam Mesyuarat Agung; dan tidak berhak menjadi ahli sebarang jawatankuasa PAPTI.
Catatan Yang Ditampilkan
Perutusan Presiden PAPTI Sempena Tahun Baharu 2018
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tahun 2017 telah melabuhkan tirainya dan kini 2018 pula muncul. Alhamdulillah PAPTI telah berjaya ...