Slider

Imej tema oleh kelvinjay. Dikuasakan oleh Blogger.

Berita

Galeri

Aktiviti

Media

Rakan PAPTI

Cerita Sukses

RASIONAL:
SEJAK tahun 1960-an, sudah ada para pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang di institusi pengajian tinggi di Indonesia. Jumlah itu bertambah dari tahun ke tahun sehingga ke hari ini. Pada hari ini terdapat kira-kira 5,000 mahasiswa Malaysia sedang mengikuti kuliah di pelbagai universiti di wilayah-wilayah negara jiran tersebut.

Ini bermakna setiap tahun ratusan pelajar Malaysia menamatkan pengajian dan kembali ke tanah air. Jika dihitung sejak tahun 1960-an dan sehingga hari ini, jumlah alumni Indonesia boleh mencapai belasan ribu orang. Bagaimanapun, memandangkan tidak ada satu data lengkap mengenai mereka maka jumlah sebenar tidak dapat dipastikan.

Justeru, Persatuan Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI) iaitu satu-satunya wadah yang memayungi alumni seluruh pelosok Indonesia dan telah ditubuhkan di bawah ROS sejak 1975 mengambil inisiatif mengadakan perhimpunan ini bagi mengumpul seberapa banyak yang mungkin alumni yang ada dengan harapan kita mengenal pasti keberadaan mereka, sekali gus memupuki silarturrahim di antara alumni.

Menerusi perhimpunan kali kedua ini, diharap dapat mengumpul para alumni dari setiap kota di Indonesia – dari Acheh sehingga ke Lampung, dari Jakarta sehingga ke Bali dan dari Makassar sehingga ke Menado, sekali gus menjadikan perhimpunan kali ini perhimpunan alumni Indonesia terbesar yang pernah diadakan.

TUJUAN:
  1. Menghimpun para alumni dari seluruh pelosok Indonesia di bawah satu bumbung
  2. Memupuk semangat silaturrahim dalam kalangan alumni
  3. Mengumpul dana persatuan
MATLAMAT:
  1. Mencipta sejarah sebagai perhimpunan alumni Indonesia terbesar
  2. Menyedarkan alumni dan masyarakat tentang keberadaan persatuan
  3. Menarik lebih ramai lulusan Indonesia menganggotai persatuan
  4. Mendekatkan persatuan dengan alumni, masyarakat dan pucuk pimpinan negara
SASARAN:
Para peserta himpunan disasarkan sebanyak 700 orang, iaitu terdiri daripada;
  1. Barisan kepimpinan dan ahli-ahli PAPTI yang berdaftar
  2. Para alumni Indonesia (bukan ahli)
  3. Mahasiswa Malaysia yang masih menuntut di Indonesia

JEMPUTAN KHAS:
  1. Wakil-wakil Kedutaan Indonesia di Malaysia
  2. Wakil-wakil Kedutaan Malaysia di Indonesia
  3. Wakil-wakil penaja, individu dan badan korporat yang menyumbang
  4. Wakil-wakil pertubuhan pelajar Malaysia di Indonesia
  5. Wakil-wakil pertubuhan pelajar/bekas pelajar Indonesia di Malaysia
PENGANJUR:
  • Penganjur Utama : Persatuan Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI)
  • Penganjur Bersama : Penaja utam
TARIKH DAN LOKASI:
Tarikh penganjuran majlis adalah seperti berikut:
  • Tarikh : Sabtu, 1 Disember 2018 / 23 Rabiul Awal 1440H
  • Masa  : 10.45 pagi – 2.00 petang
  • Tempat : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur (Cadangan)
PERASMIAN:
YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI, DATO’ SERI DR MOHD ZAHID BIN HAMIDI

TENTATIF PROGRAM DAN ATURCARA:
10.45 AM : Ketibaan ahli
11.00 AM : Ketibaan dif-dif jemputan
11.15 AM : Ketibaan Tetamu Kehormat
11.30 AM : Majlis perasmian Perhimpunan Alumni Indonesia 2018
                    - Bacaan doa
 - Ucapan Presiden PAPTI
- Ucapan Perasmian oleh YAB Timbalan Perdana Menteri
12.30 PM : Makan tengah hari bermula
- Persembahan artis jemputan
1.30 PM : Penyampaian Anugerah PAPTI
2.00 PM : Bersurai

JAWATANKUASA PELAKSANA:

  • Penaung :
  • Pengerusi : En. Lukman bin Ismail
  • Timbalan Pengerusi : Dato’ Dr Abdul Latiff bin Awang
  • Setiausaha : Dr Junaini binti Kasdan
  • Bendahari : Dr Dasrilsyah bin Shahrial

Jawatankuasa Pendaftaran & Penyambut Tetamu:
  • Dra Hasnah binti Ismail (Ketua)
  • Pn Salmah binti Ismail
Jawatankuasa Jemputan & Protokol:
  • Prof Madya Dr Ismail bin Abdullah (Ketua)
  • En. Muhammad Nasaruddin bin Ab Rais
  • Ustaz Drs Md Afandi bin Awang
Jawatankuasa Acara & Penganugerahan:
  • Dr Mohd Sadad bin Mahmud (Ketua)
  • Dr Mohd Zailani bin Abd Shariff
Jawatankuasa Sebaran Am & Promosi:
  • Dr Ahmad Nabieh Abqory bin Rahmat (Ketua)
  • En. Mohd Safian bin Abdul Rahman
Jawatankuasa Penajaan & Kewangan:
  • Ir Onn bin Mohd Yusof (Ketua)
  • Dato Irwan bin Japar
  • Dr Abdul Majid bin Awang
Pembaca Doa:
  • Ustaz Tuan Ismail bin Tuan Abdullah

SUMBER KEWANGAN:
  1. Jualan meja - RM1,000.00 setiap meja @ 10 kerusi / RM100.00 seorang
  2. Penaja Utama - RM50,000.00 dan ke atas
  3. Penaja Bersama - RM10,000.00 hingga RM49,000.00
  4. Penaja buku cenderamata - RM5,000.00 / muka surat penuh
  5. Lain-lain - Jualan baju batik, baju korporat dan cenderamata 

ANUGERAH PAPTI:
  1. Anugerah Jasamu Dikenang – Diberikan kepada lima (5) individu yang banyak berjasa atau memberi sumbangan kepada PAPTI sejak awal penubuhan sehingga ke hari ini.
  2. Anugerah Ikon PAPTI – Diberikan kepada tiga (3) alumni generasi muda yang memperoleh pencapaian dalam pelbagai bidang atau kerjaya dan menjadi idola masyarakat.
  3. Anugerah Tokoh PAPTI – Diberikan kepada lima (5) alumni yang berjaya dalam bidang masing-masing dan banyak memberikan sumbangan kepada agama, bangsa dan tanah air. Bidang-bidang yang dicadangkan ialah:
  • Perubatan
  • Sains dan Teknologi
  • Akademik
  • Sastera dan Budaya
  • Korporat