CAWANGAN

PENUBUHAN CAWANGAN PERSATUAN ALUMNI PENDIDIKAN TINGGI INDONESIA (PAPTI)


  1. Cawangan adalah berdasarkan kota-kota di mana alumni belajar.
  2. Ahli-ahlinya terdiri daripada rakyat Malaysia yang pernah menuntut di Indonesia (Ahli Biasa) dan mahasiswa yang sedang menuntut di Indonesia/belum tamat pengajian (Ahli Bersekutu)
  3. Keahlian minimum layak membuka cawangan ialah 15 orang sahaja
  4. Cawangan boleh melantik Ketua, Penolong Ketua, Setiausaha, Bendahari dan 3 ahli-ahli jawatankuasa masing-masing.
  5. Cawangan boleh membuka akaun bank sendiri tetapi perlu mendapat pengesahan daripada PAPTI Pusat
  6. Cawangan dikehendaki menghantar 3 (tiga) orang wakil menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PAPTI Pusat
  7. Cawangan dikehendaki melaporkan senarai jawatankuasa, laporan kegiatan dan laporan kewangan kepada PAPTI Pusat selepas mesyuarat agung diadakan.
  8. Cawangan adalah tertakluk kepada Perlembagaan PAPTI Pusat
  9. Permohonan penubuhan cawangan perlu dibuat secara bertulis kepada PAPTI Pusat dan penubuhan adalah sah selepas diluluskan oleh Ahli Majlis PAPTI Pusat
  10. Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan melayari www.papti.my atau hubungi tel/fak: 03-42804821