Asas dan Tujuan

Persatuan ini ditubuhkan atas kesedaran:-

Untuk memperjuangkan cita-cita nasional menegakkan satu bangsa, satu bahasa, satu negara - Malaysia
  • Untuk mengeratkan hubungan antara negara demi kesejahteraan dan perdamaian manusia sejagat;
  • Untuk mempertahankan hak dan kebebasan individu sesuai dengan Perlembagaan Malaysia di bawah sistem demokrasi berparlimen dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Tujuan Penubuhan:
Berdasarkan Fasal IV Perlembagaan, tujuan penubuhan PAPTI adalah seperti berikut:
  1. Memperjuangkan hak dan kepentingan ahli-ahli.
  2. Memajukan ilmu pengetahuan dalam semua bidang.
  3. Memajukan penggunaan bahasa Malaysia dalam semua bidang.
  4. Memperkukuhkan persaudaraan Rumpun Melayu (Malaysia-Indonesia) khususnya dalam bidang agama, pendidikan, ekonomi dan kebudayaan.
  5. Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan dan institusi dalam negeri untuk melaksanakan tujuan PAPTI.

Catatan Popular

Arkib Blog