ASAS DAN TUJUAN

Asas Penubuhan:

Persatuan ini ditubuhkan atas kesedaran:-

> Untuk memperjuangkan cita-cita nasional menegakkan satu bangsa, satu bahasa, satu negara - Malaysia;

> Untuk mengeratkan hubungan antara negara demi kesejahteraan dan perdamaian manusia sejagat;

> Untuk mempertahankan hak dan kebebasan individu sesuai dengan Perlembagaan Malaysia di bawah sistem demokrasi berparlimen dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Tujuan Penubuhan:

Berdasarkan Fasal IV Perlembagaan, tujuan penubuhan PAPTI adalah seperti berikut:
1. Memperjuangkan hak dan kepentingan ahli-ahli.

2. Memajukan ilmu pengetahuan dalam semua bidang.

3. Memajukan penggunaan bahasa Malaysia dalam semua bidang.

4. Memperkukuhkan persaudaraan Rumpun Melayu (Malaysia-Indonesia) khususnya dalam bidang agama, pendidikan, ekonomi dan kebudayaan.

5. Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan dan institusi dalam negeri untuk melaksanakan tujuan PAPTI.