PAPTI bakal perkenal sistem daftar keahlian secara online

Sdr Lukman Ismail mempengerusikan Mesyuarat Majlis PAPTI di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi hari ini.
BANGI: Persatuan Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI) yang sedang merangka sambutan Ulang Tahun Ke-45 penubuhannya tahun depan mengorak langkah setapak lagi apabila bakal memperkenalkan sistem pendaftaran keahlian secara online.

Sistem yang sedang dibangunkan dan kini kira-kira 95 peratus sudah siap, disasar dapat dilancarkan sebelum Mesyuarat Agung Tahunan Ke-26 yang akan berlangsung pada 7 September ini.

Presiden PAPTI, Sdr Lukman Ismail berkata, dengan adanya sistem pendaftaran ahli secara online menerusi internet, para alumni Indonesia kini boleh mendaftar secara 'paperless'.

"Matlamat kita adalah untuk mendaftar seberapa ramai alumni Indonesia sebagai ahli PAPTI. Kita tahu jumlahnya mencapai belasan ribu orang di luar sana, tetapi sebahagian besar mereka tidak menjadi ahli PAPTI.

"Kita berharap sistem ini dapat disiap dan dilancarkan sebelum mesyuarat agung tahunan kita pada September nanti," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat majlis PAPTI di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATM), Universiti Kebangsaan Malaysia di sini hari ini.

Antara Ahli Majlis PAPTI yang hadir.
Mengenai mesyuarat agung tersebut, Lukman berkata, ia akan diadakan di Kelab Tasik Putrajaya dan berharap lebih ramai ahli PAPTI yang berdaftar dapat menghadirkan diri.

Beliau berkata, PAPTI juga akan mengadakan sambutan peringatan 45 tahun penubuhannya pada tahun depan dan acara kemuncaknya dicadang diadakan Himpunan Alumni Indonesia kali kedua.

"Kita dapat permintaan daripada ahli agar kita mengadakan sekali lagi himpunan alumni sepertimana kita buat pada 2015 lalu. Hal ini saya serah kepada barisan Ahli Majlis yang akan dilantik semasa AGM nanti," katanya.
Sekian
Share: