PROGRAM Persahabatan Alumni Indonesia-Malaysia 2017 anjuran Perhimpunan Alumni Malaysia (PAM) dan PAPTI telah diadakan selama empat hari di Raja Ampat dan Sorong, Papua Barat.
Kira-kira 30 peserta terdiri daripada wakil PAM dan PAPTI telah menghadiri program yang julung-julung kali diadakan itu.
Pelbagai aktiviti telah diadakan bagi mengeratkan hubungan ahli-ahli kedua-dua organisasi ini di samping membantu masyarakat setempat.
Para peserta Program Persahabatan Alumni Indonesia-Malaysia di Papua Barat. |
Perbincangan antara Presiden PAPTI, Sdr Lukman Ismail dan Ketua Umum PAM, Dr. Sabela Gayo yang turut disertai pimpinan kedua-dua organisasi. |
Mengadakan kunjungan ke Sekolah Yayasan Pendidikan Islam di Tanah Papua (YAPIS) Cabang Raja Ampat. |
Presiden PAPTI meninjau aktiviti persekolahan di Sekolah YAPIS. Turut serta Setiausaha Agung PAPTI, Dr. Junaini Kasdan. |
Sdr Lukman menyerahkan sumbangan daripada PAPTI kepada Ketua Sekolah YAPIS, Bpk Daljuri. Turut sama Dr. Sabela Gayo. |
Pertemuan peserta program dengan Ketua Dinas Kebudayaan dan Pariwisata Kabupaten Raja Ampat, Bpk Yusdi Lamatenggo di pejabatnya. |
Penyerahan cenderamata. |
Prof. Dr. Syamsir Abduh menyampaikan kertas kerja pada seminar sempena Program Persahabatan Alumni Indonesia-Malaysia 2017 di Sekolah Tinggi Agama Islam Negeri (STAIN) Sorong, Papua Barat. |
Wakil PAPTI bergambar bersama Prof. Dr. Syamsir dan Ketua STAIN Sorong, Dr. Hamzah. |
Presiden PAPTI bersama anak-anak Papua. |
Bersama penduduk tempatan yang mengucapkan selamat tinggal kepada kami. |