Slider

Imej tema oleh kelvinjay. Dikuasakan oleh Blogger.

Berita

Galeri

Aktiviti

Media

Rakan PAPTI

Cerita Sukses

» » Pertemuan alumni sempena Hari Ibu


KAJANG - Persatuan Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI) meraikan sambutan Hari Ibu bagi tahun ini dengan mengadakan majlis pertemuan dalam kalangan wanita baru-baru ini.

Majlis berlangsung di Restoran Sate Haji Samuri di sini pada 13 Mac lalu dengan dihadiri kira-kira 20 alumni Yogyakarta angkatan 1980-an dan 1990-an.

Pengerusi Biro Hal Ehwal Wanita, Dr Umi Kalsom Md. Ariffin berkata, pertemuan itu adalah program pertama anjuran biro tersebut yang bertujuan mendekati kalangan alumni khususnya kalangan wanita.


"Melalui pertemuan ini kami dapat memberikan maklumat berkaitan PAPTI selain mendapatkan maklum balas daripada kalangan alumni bagi meningkatkan penyertaan alumni sebagai ahli persatuan," katanya.

Majlis berlangsung dalam suasana harmoni dan ceria dengan masing-masing bertukar-tukar pengalaman dan kenangan.

"Insya-Allah kita akan mengadakan pertemuan-pertemuan serupa dari masa ke semasa," kata Dr Umi Kalsom.


«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama