Kempen daftar ahli baru #PaptiDiHati dilancarkan

Posted by Sekretariat PAPTI on Ahad, Mac 27, 2016
Mesyuarat Majlis PAPTI kali kedua, penggal pertama bagi sesi 2015-2017 diadakan di UPM Serdang baru-baru ini.
SERDANG - Persatuan Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI) melancarkan gerakan pendaftaran keahlian baharu menerusi kempen #PaptiDiHati bagi menarik lebih ramai alumni Indonesia menyertai persatuan.

Menerusi kempen tersebut, barisan Ahli Majlis PAPTI digerak untuk mendaftar seberapa ramai ahli baharu dengan tumpuan diberikan kepada kalangan angkatan 1980-an sehingga generasi-Y.

Presiden PAPTI, Lukman Ismail berkata, jumlah ahli persatuan yang mendaftar setakat ini tidak begitu memuaskan iaitu kira-kira 300 orang sahaja walaupun usia PAPTI sudah menjangkau lebih 40 tahun.

"Kami menyedari kalangan rakyat Malaysia lulusan Indonesia dan sudah pulang ke tanah air begitu ramai. Jumlahnya mungkin mencapai ribuan namun jumlah mereka yang menjadi ahli masih kecil.

"Atas sebab itulah kita menggerakkan kempen #PaptiDiHati ini bagi menggalakkan kalangan Ahli Majlis dan ahli-ahli PAPTI sendiri mendaftar ahli baharu. Mereka yang paling banyak mendaftar ahli baharu akan diberikan saguhati," katanya selepas mesyuarat Ahli Majlis PAPTI kali kedua, penggal pertama sesi 2015-2017 di sini.

Beliau berkata, gerakan kempen ini akan menggunakan segala saluran yang ada iaitu menerusi 'pintu ke pintu' atau memanfaatkan media sosial dan internet.

Katanya, alumni yang berminat untuk menjadi ahli PAPTI boleh memuat turun borang keahlian menerusi www.papti.my atau menghubungi nombor-nombor berikut:
  • Pn Hasnah Ismail (019-3370787)
  • Dato Dr Zain Yusof - Kelantan, Terengganu & Pahang (017-9814244)
  • Prof Dr Yusof Boon - Johor (012-7721037)
  • Dr Nik Haslinda Nik Hussain - Pulau Pinang, Kedah & Perlis (012-3463531)
  • Sophian Rambli - Sarawak (019-8842730)
  • Dato Irwan Japar - Sabah (013-5499801)


Categories: