Biro hal ehwal generasi muda, mahasiswa diwujudkan

Posted by Sekretariat PAPTI on Isnin, Januari 11, 2016
SEBAHAGIAN Ahli-ahli Majlis yang menghadiri mesyuarat pertama di UPM Serdang, pada 9 Januari lalu.
SERDANG - Menyedari kepentingan kalangan alumni generasi muda dan mahasiswa yang masih menuntut di Indonesia, Persatuan Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI) telah mewujudkan satu biro untuk menguruskan hal ehwal kumpulan berkenaan.

Biro Hal Ehwal Belia dan Mahasiswa yang diketuai oleh Dr Ahmad Nabieh Abqory Rahmat itu berperanan untuk mendekati kalangan alumni generasi muda di bawah 40 tahun dan golongan mahasiswa.

Presiden PAPTI, Sdr Lukman Ismail berkata, penubuhan biro ini sesuai dengan kemahuan golongan terbabit yang mahukan agar PAPTI lebih mendekati mereka di samping menarik penyertaan mereka dalam persatuan.

Menurut beliau, selain generasi muda, melalui biro ini juga PAPTI akan mendekati kalangan mahasiswa kita yang masih menuntut di Indonesia, termasuk menjalin kerjasama erat dengan Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) dan pertubuhan-pertubuhan mahasiswa lain.

"Ini sesuai dengan langkah PAPTI yang kini membuka keahliannya kepada kalangan mahasiswa kita di Indonesia di samping sebagai satu usaha persatuan ini membantu menyelesaikan masalah-masalah yang timbul di kalangan mereka," katanya.

Sdr Lukman berkata, selain Biro Hal Ehwal Belia dan Mahasiswa, PAPTI juga mewujudkan Biro Kebajikan dan Kesukarelawan bagi menjadi penyelaras kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan seperti membantu mangsa banjir dan lain-lain.

Berikut senarai barisan Ahli Majlis dan biro-biro PAPTI bagi sesi 2015-2017:
  • SDR LUKMAN BIN ISMAIL - Presiden
  • DATO DR ABDUL LATIFF BIN AWANG  - Timbalan Presiden
  • DR JUNAINI BINTI KASDAN - Setiausaha Agung
  • DR MOHD SADAD BIN MAHMUD - Timbalan Setiausaha Agung 
  • DR DASRILSYAH BIN SHAHRIAL - Bendahari Agung
  • IR ONN BIN MOHD YUSOFF - Biro Sukan
  • SDR MUHAMMAD NASARUDIN BIN AB.RAIS - Biro Ekonomi
  • DRA HASNAH BINTI ISMAIL - Biro Keahlian
  • DR NORLEE HAZANIZA BINTI AHMAD - Biro Komunikasi dan Media Sosial
  • PROF MADYA DR ISMAIL BIN ABDULLAH - Biro Hubungan Antarabangsa
  • DR NASARUDDIN BIN OTHMAN - Biro Tugas-tugas Khas
  • DR AHMAD NABIEH ABQORI BIN RAHMAT- Biro Hal Ehwal Belia dan Mahasiswa
  • DR UMI KALSOM BINTI MD ARIFFIN - Biro Hal Ehwal Wanita
  • SDR WAN ZAWAWI BIN WAN ZAIN - Biro Kebajikan dan Kesukarelawan
  • USTAZ SHAHRUL HILMI BIN OTHMAN - Biro Dakwah dan Agama