PAPTI harapkan ukhuwah alumni seluruh Indonesia

Presiden PAPTI, Lukman Ismail (duduk paling kiri) bersama kalangan alumni Surabaya ketika majlis Makan Malam dan Hari Keluarga Ukhuwah Surabaya, di Port Dickson baru-baru ini.
PORT DICKSON: Persatuan Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI) menyambut baik usaha alumni Surabaya menganjurkan program ukuwah dalam kalangan mereka.

Presiden PAPTI, Lukman Ismail berkata, melalui program seperti itu ia dapat memupuk semula hubungan kekeluargaan yang pernah terjalin ketika sama-sama melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi di Jawa Timur, Indonesia.

Bagaimanapun katanya, adalah menjadi harapan beliau untuk melihat satu program ukhuwah pada skala yang lebih besar diadakan yang melibatkan para alumni dari seluruh pelosok Indonesia.

"PAPTI memang ada merancang untuk mengadakan ukhuwah membabitkan seluruh alumni Indonesia. Kita berharap dapat menghimpun 1,000 alumni pada November ini sempena Ulang Tahun Ke-40 penubuhan PAPTI," katanya.

Beliau berucap pada Majlis Makan Malam dan Hari Keluarga Ukhuwah Surabaya, di Primaland Resort di sini pada 14 dan 15 Mac lalu. Lebih 100 alumni serta ahli keluarga masing-masing memeriahkan program itu.

Lukman berkata, bagi menjayakan usaha PAPTI itu, beliau mengharapkan sokongan dan kerjasama seluruh rakan alumni Indonesia termasuk dari Surabaya, dari semua angkatan.

Pada masa yang sama beliau mengalu-alukan penglibatan rakan-rakan lulusan Surabaya dalam PAPTI dengan menjadi ahli persatuan ini serta bergerak aktif dalam aktiviti yang dianjurkan.

Share:

Rombakan kecil Ahli Majlis PAPTI

PRESIDEN PAPTI, Sdr Lukman Ismail (tengah) mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis PAPTI di Serdang, Selangor Sabtu lepas.
AHLI Majlis Persatuan Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI) yang bermesyuarat buat kali pertama bagi Penggal Kedua tahun 2015 telah memutuskan untuk membuat perubahan dalam pengurusan majlis itu dengan serta-merta.

Pada mesyuarat itu, barisan Ahli Majlis yang hadir telah bersetuju dengan cadangan Presiden PAPTI, Sdr Lukman Ismail untuk melantik Timbalan Setiausaha Agung, Pn Hasnah Ismail sebagai Setiausaha Agung persatuan.

Beliau menggantikan Sdr Kama Azro Abu Bakar yang ditukarkan sebagai Pengerusi Biro Tugas-tugas Khas mengambil alih tempat Dr Sadad Mahmud yang mengisi jawatan Timbalan Setiausaha Agung.

Menurut Presiden PAPTI, rombakan kecil ini dibuat bagi melancarkan lagi pengurusan PAPTI serta dapat menggerakkan persatuan dengan lebih aktif sehingga pemilihan Ahli Majlis akan datang.

"Kami memahami masalah yang dihadapi oleh Setiausaha Agung sebelum ini. Justeru, kami merasakan perlulah rombakan ini dibuat bagi melancarkan lagi pengurusan PAPTI selepas ini," katanya ketika mempengerusikan mesyuarat itu hari ini.

Bagaimanapun, bagi jawatan Ahli Majlis dan biro-biro lain tidak mengalami perubahan.

Berikut senarai Ahli Majlis yang baharu:

Presiden : Lukman bin Ismail (Pengerusi Biro Ekonomi)

Timbalan Presiden : Dato' Dr. Abdul Latiff bin Awang (Pengerusi Biro Perhubungan)

Setiausaha Agung : Hasnah binti Ismail

Timbalan Setiausaha Agung : Dr Mohd. Sadad bin Mahmud

Bendahari Agung : Dr Dasrilsyah bin Shahrial

Ahli-ahli Majlis:

1. Ir Onn bin Mohd Yusoff (Pengerusi Biro Sukan)
2. Muhammad Nasarudin bin Abd Rais (Pengerusi Biro Keahlian)
3. Dr Norlee Hazaniza binti Ahmad (Pengerusi Biro Komunikasi dan Promosi)
4. Nor Aizan binti Abdul Halim (Pengerusi Biro Kewanitaan)
5. Datuk Irwan bin Japar (Pengerusi Biro Pendidikan)
6. Prof. Dr. Ismail bin Abdullah (Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa)
7. Kama Azro bin Abu Bakar (Pengerusi Biro Tugas-tugas Khas)
8. Saidi bin Salleh (Pengerusi Biro Kebajikan)
Share:

Catatan Popular