Slider

Imej tema oleh kelvinjay. Dikuasakan oleh Blogger.

Berita

Galeri

Aktiviti

Media

Rakan PAPTI

Cerita Sukses

» » » Pertemuan dengan pelajar Malaysia di Yogya

Prof. Dr. Ismail Abdullah (depan, tiga kanan) dan wakil PAPTI bergambar bersama-sama para pelajar Malaysia yang mewakili PKPMI Cabang Yogyakarta dan Kelab UMNO Yogyakarta.
YOGYAKARTA: Pada  11 September lalu  telah berlangsung pertemuan tidak formal Persatuan Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI) dengan Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) dan Kelab UMNO Yogyakarta, di sini.

Pertemuan itu berlangsung di Rumah Makan Bu Ageng, Mantrujer, di sini yang mana PAPTI diwakili oleh Ketua Biro Hubungan Antarabangsa, Prof. Dr. Ismail Abdullah bersama empat lagi ahli PAPTI.

Manakala pihak PKPMI Cabang Yogyakarta pula terdiri daripada 20  Ahli Jawatankuasa di samping barisan kepimpinan  Kelab UMNO Yogyakarta.

Pertemuan  itu berlangsung mesra di mana PAPTI dapat memberikan penerangan ringkas mengenai persatuan ini memandangkan kebanyakan pelajar angkatan baharu tidak begitu mengenali PAPTI.

Pada masa yang sama PAPTI juga memperoleh gambaran berhubung masalah-masalah yang dihadapi oleh para pelajar Malaysia di Yogyakarta.




«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama