Halal-bihalal PAPTI 1 Oktober ini

Posted by Sekretariat PAPTI on Isnin, Ogos 15, 2011
PERSATUAN Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI) bercadang mengadakan majlis Halal-Bihalal sempena Hari Raya Aidilfitri seperti berikut:

TARIKH: SABTU, 1 OKTOBER 2011
TEMPAT: RESTORAN NELAYAN, TAMAN TASIK TITIWANGSA,KL
MASA: BERMULA 8 MALAM

Majlis ini terbuka kepada ahli-ahli PAPTI dan rakyat Malaysia yang merupakan alumni IPT di Indonesia serta ahli keluarga masing-masing. Para pelajar yang masih menuntut di Indonesia tetapi sedang pulang bercuti di Malaysia pada tarikh tersebut juga dipelawa untuk hadir.

Tiada bayaran dikenakan tetapi PAPTI mengalu-alukan mana-mana individu, syarikat dan pertubuhan yang sudi menyumbang bagi menjayakan majlis ini.

Maklumat lanjut, pengesahan kehadiran dan sumbangan boleh menghubungi Dr. Mokhtar Abu Bakar (Pengerusi Jawatankuasa Program) di talian 019-3201439 / e-mel: mokhtar98@gmail.com atau Setiausaha Agung PAPTI 012-6066675 / emel: alumnindo@gmail.com