Pelajar kita di Bandung ditemui mati di rumahnya

Posted by Sekretariat PAPTI on Khamis, Oktober 21, 2010
JAKARTA 21 Okt. – Seorang pelajar perubatan dari Malaysia ditemui meninggal dunia di rumahnya di Bandung pagi tadi.

Inani Zalikha Zainal Abidin, 23, ditemui di atas lantai dalam keadaan tidak bernyawa oleh rakan serumahnya kira-kira 5 pagi.

Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) Indonesia, Datuk Dr Junaidy Abu Bakar berkata, Inani merupakan pelajar tahun empat Universiti Padjadjaran (Unpad) Bandung atas tajaan Mara dan sedang menjalani latihan amali di sebuah hospital di Bandung.

Sehingga kini, belum dapat ditentukan sebab-sebab kematiannya.

Keluarga beliau yang tinggal di Bukit Antarabangsa, Ulu Klang, Selangor telah dimaklumkan mengenai kejadian mengejut itu dan mereka dijangka tiba di Bandung petang ini untuk membawa pulang jenazahnya ke Malaysia untuk dikebumikan.