Ahli PAPTI juarai golf jemputan KBRI sempena HUT-RI

Posted by Sekretariat PAPTI on Ahad, Ogos 15, 2010
Juara keseluruhan pertandingan, Mohd Sadad (tengah) bergambar bersama wakil PAPTI lain, Ir. Onn, Dr. Jamaluddin dan Dr. Zainal ketika sesi makan tengah hari, pada pertandingan golf jemputan KBRI sempena HUT-RI, di KLGCC Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
AHLI Persatuan Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI) Sdr. Mohd. Sadad Mahmud mengharumkan nama PAPTI apabila muncul juara keseluruhan pada pertandingan golf jemputan Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Malaysia pada 27 Julai lalu.

Pertandingan yang berlangsung di KL Golf & Country Club, Bukit Kiara, Kuala Lumpur diadakan bersempena sambutan Hari Ulang Tahun republik itu yang disambut pada 17 Ogos ini.

Sebagai juara, Mohd. Sadad membawa pulang sebuah trofi di samping hadiah-hadiah iringan lain. Bagaimanapun kecemerlangan Mohd Sadad gagal diiringi oleh tiga lagi wakil PAPTI itu Dr. Jamaluddin, Dr. Zainal dan Ir. Onn Yusof.

Kira-kira 20 peserta mengambil bahagian pada pertandingan tersebut di mana ia diakhiri dengan ucapan wakil Duta Besar Indonesia ke Malaysia serta majlis penyampaian hadiah.

"Walaupun kami gagal tersenari antara penerima hadiah pertandingan tetapi sekurang-kurangnya kami tidak pulang tangan kosong sebab kami berjaya membawa hadiah hasil cabutan bertuah," kata Onn mengulas kegagalan tiga lagi wakil PAPTI untuk berada dalam kelompok utama pertandingan.

"Mujur juga hadiah-hadiah untuk cabutan bertuah lebih banyak sehinggakan ke semua mereka yang mengambil bahagian mendapat hadiah walaupun gagal memenangi hadiah pertandingan. Kalau tidak kempunan juga kami dibuatnya," kata Onn.