PAPTI digesa tarik lebih ramai golongan muda

PERSATUAN Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI) digesa menarik penyertaan lebih ramai golongan muda menyertai persatuan itu memandangkan pada masa kini kebanyakan ahli PAPTI terdiri daripada kalangan pesara.

Pada Mesyuarat Agung Tahunan PAPTI ke-18 di Royal Selangor Club, Bukit Kiara 16 Oktober lalu, barisan kepimpinan PAPTI diminta lebih agresif menarik golongan muda bagi memastikan PAPTI terus hidup subur pada masa depan.

"Setiap kali datang mesyuarat, muka-muka ini sahaja yang ada. Semuanya dah beruban dan bercucu. Ada jugak yang bertongkat macam saya. PAPTI kenalah cari orang-orang muda jangan hanya disertai kita-kita yang dah pencen ni," kata Haji Zulkifli Mahmud yang datang dari Sungai Petani, pada mesyuarat itu.

Kira-kira 500 ahli PAPTI menghadiri mesyuarat tersebut yang diadakan serentak dengan majlis makan malam PAPTI.

Katanya, andai PAPTI dikuasai oleh golongan pesara seperti sekarang agak sukar untuk PAPTI bergerak aktif memandangkan tenaga yang ada agak terhad.

"Biarlah PAPTI digerakkan oleh orang muda dan kita-kita yang dah tua-tua ini menyokong dari belakang," katanya yang turut disokong beberapa lagi ahli lain.

Sementara itu Ahmad Zaini Ismail dari Kuala Lumpur pula mencadangkan supaya PAPTI menggunakan rangkaian teknologi maklumat termasuk rangkaian sosial untuk menarik penyertaan lebih ramai golongan muda.

Katanya, media internet adalah kaedah paling berkesan untuk menarik penyertaan golongan muda serta berhubung dengan para pelajar Malaysia yang masih menuntut di Indonesia.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAPTI, Lukman Ismail berkata, PAPTI sudah mula menggerakkan usaha untuk menarik penyertaan golongan muda dan hasilnya beberapa muka baru daripada golongan muda telah menghadiri mesyuarat tersebut.

Katanya, ia adalah petanda baik hasil pelbagai usaha yang dilakukan oleh PAPTI sebelum ini termasuk menggunakan rangkaian kumpulan alumni berdasarkan bandar-bandar di seluruh Indonesia untuk menarik rakan-rakan mereka menyertai PAPTI.

Malah katanya, jumlah keahlian di kalangan golongan muda sebenarnya semakin bertambah .

"Walaupun begitu, untuk menarik mereka aktif dalam PAPTI bukan perkara mudah memandangkan mereka semua masih dalam proses membina kerjaya dan sibuk dengan keluarga," katanya.

Majlis makan malam yang diadakan kali ini memberi banyak makna kepada ahli kerana selain ia jarang-jarang mampu dilakukan oleh PAPTI, majlis itu juga telah menemukan kembali rakan-rakan yang sama belajar di Indonesia dahulu.

"Terima kasih PAPTI kerana mengadakan majlis makan malam ini. Sekurang-kurangnya saya dapat bertemu dengan rakan-rakan yang sudah lama tidak berjumpa. Ia benar-benar malam nostalgia," kata seorang ahli PAPTI.

Majlis juga dihiburkan dengan tarian tradisional dari negara jiran itu serta persembahan nyanyian.

(Nota: Gambar-gambar sekitar AGM dan dinner akan menyusul kemudian...)
Share:

AGM Ke-18 dan Majlis Makan Malam di Royal Selangor Club - 16 Okt 2010

KUALA LUMPUR: Pada 16 Oktober 2010 telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-18 PAPTI yang berlangsung di Royal Selangor Club, Bukit Kiara di sini. Kira-kira 200 orang menghadiri mesyuarat tersebut yang diadakan serentak dengan Majlis Makan Malam tahunan PAPTI.

Berikut antara gambar-gambar yang dirakam sepanjang AGM dan majlis makan malam tersebut.

















Share:

Ahli PAPTI juarai golf jemputan KBRI sempena HUT-RI

Juara keseluruhan pertandingan, Mohd Sadad (tengah) bergambar bersama wakil PAPTI lain, Ir. Onn, Dr. Jamaluddin dan Dr. Zainal ketika sesi makan tengah hari, pada pertandingan golf jemputan KBRI sempena HUT-RI, di KLGCC Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
AHLI Persatuan Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI) Sdr. Mohd. Sadad Mahmud mengharumkan nama PAPTI apabila muncul juara keseluruhan pada pertandingan golf jemputan Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Malaysia pada 27 Julai lalu.

Pertandingan yang berlangsung di KL Golf & Country Club, Bukit Kiara, Kuala Lumpur diadakan bersempena sambutan Hari Ulang Tahun republik itu yang disambut pada 17 Ogos ini.

Sebagai juara, Mohd. Sadad membawa pulang sebuah trofi di samping hadiah-hadiah iringan lain. Bagaimanapun kecemerlangan Mohd Sadad gagal diiringi oleh tiga lagi wakil PAPTI itu Dr. Jamaluddin, Dr. Zainal dan Ir. Onn Yusof.

Kira-kira 20 peserta mengambil bahagian pada pertandingan tersebut di mana ia diakhiri dengan ucapan wakil Duta Besar Indonesia ke Malaysia serta majlis penyampaian hadiah.

"Walaupun kami gagal tersenari antara penerima hadiah pertandingan tetapi sekurang-kurangnya kami tidak pulang tangan kosong sebab kami berjaya membawa hadiah hasil cabutan bertuah," kata Onn mengulas kegagalan tiga lagi wakil PAPTI untuk berada dalam kelompok utama pertandingan.

"Mujur juga hadiah-hadiah untuk cabutan bertuah lebih banyak sehinggakan ke semua mereka yang mengambil bahagian mendapat hadiah walaupun gagal memenangi hadiah pertandingan. Kalau tidak kempunan juga kami dibuatnya," kata Onn.
Share:

ITB akan buka kampus di Malaysia

LANGKAWI:  Institut Teknologi Bandung (ITB), Indonesia akan membuka kampus cawangan pertamanya di Malaysia tidak lama lagi.

Naib Dekan Sekolah Akademik, Perniagaan dan Pengurusan ITB, Ir Gatot Yudoko berkata, ITB masih mengenal pasti beberapa lokasi sesuai termasuk di Johor untuk mewujudkan kampus itu.

"Kita masih dalam perbincangan dengan pihak terbabit sebelum memilih lokasi yang sesuai,” katanya pada sidang akhbar semasa menyertai Persidangan Antarabangsa Mengenai Teknologi dan Operasi Pengurusan anjuran bersama Universiti Utara Malaysia (UUM) dan ITB di sini hari ini.

Persidangan tiga hari yang berakhir esok itu dihadiri 82 peserta termasuk 12 dari luar negara iaitu United Kingdom, Kanada, Jordan, Yaman, India, Indonesia dan Pakistan.

ITB terkenal sebagai institusi terkemuka bukan sahaja di rantau ini malah di peringkat antarabangsa kerana melahirkan ramai jurutera terbaik.

Mengenai kerjasama dengan UUM, Gatot berkata ITB akan terus menjalin kerjasama dengan UUM dalam penganjuran persidangan seumpama serta bertukar-tukar maklumat dan pengalaman.

Kedua-dua negara mendapat manfaat daripada persidangan itu dalam usaha memperkasakan pengurusan teknologi dan operasi, katanya.

Menurutnya persidangan itu diadakan secara bergilir-gilir, dan akan diadakan di Bandung pada 2012, selepas diadakan di tempat sama pada 2006 manakala 2010 di Malaysia.

Persidangan itu memberi peluang kepada peserta untuk bertemu, berbincang dan belajar dengan pakar-pakar bidang yang berkaitan di peringkat antarabangsa.

Beliau berkata kerjasama UUM dan ITB adalah satu perkongsian pintar yang penting kepada Malaysia dan Indonesia.  - Bernama 6 Julai 2010
Share:

Maintain good relationship with locals, Malaysian students in Indonesia told

JAKARTA: Malaysian students in Indonesia should strive to maintain good relations with the locals, said Malaysia”s Ambassador to Indonesia Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syen Hassan.

"Malaysia and Indonesia are two very close neighbours and have a long history of good ties.

"Aprpeciate this and do not do anything that can hurt the feelings of the people here,” he said when addressing Malaysian students who attended the Kami Anak Malaysia dinner organised bt the Jakarta Umno Club, here last night.

He said recently, Malaysia”s Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak had stated that the two countries should work hand-in-hand in bringing progress for each other”s peoples and that this was something the students should emulate.

At the function, Siti Nurhidayah Padzil, 24, who completed MBBS degree at  Universiti Indonesia (UI), was chosen as the inaugural winner of the No. 1 Anak Malaysia Award, for her excellent academic and co-curricular achievements.

The Kedah-born who did the course on a Public Service Department scholarship aspires to continue her studies in cardiology before returning home to serve the country. - Bernama, June 7, 2010
Share:

Majlis silaturahmi KBRI dengan PAPTI

BERTEMPAT di Aula Sultan Hasanuddin, Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Kuala Lumpur, telah berlangsung Majlis Silaturahmi KBRI dengan Persatuan Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI) pada 12 Mei 2012.

Program yang turut dihadiri oleh Duta Besar Republik Indonesia, Dai Bachtiar dan Presiden PAPTI, Dr Shamsul Bahar Abdul Kadir.

Program bertujuan merapatkan hubungan antara pihak kedutaan Indonesia dan PAPTI. Kira-kira 200 ahli PAPTI menghadiri majlis tersebut.

Bpk Dai Bachtiar (dua dari kiri) bersama Dr Shamsul Bahar Abdul Kadir (dua dari kanan)

Sebahagian ahli PAPTI yang hadir.
Para ahli PAPTI tidak melepaskan peluang untuk hadir sekali gus merapatkan hubungan sesama alumni.
Pertemuan rakan-rakan lama.
Pak Duta diperkenalkan kepada para ahli PAPTI.

Program yang julung kali dianjurkan oleh pihak KBRI mendapat sambutan baik dalam kalangan ahli PAPTI.

Add caption
Tan Sri Aishah Ghani diperkenalkan kepada Pak Duta.
Tan Sri Aishah Ghani dan Prof Tan Sri Abu Bakar Hamid turut hadir.
Sesi beramah mesra.
Pak Duta, Dai Bachtiar menyampaikan ucapan.
Prof Tan Sri Mohd Salleh Yassin menyampaikan cenderamata kepada Pak Duta.
Add caption
Barisan Ahli Majlis PAPTI bergambar bersama Pak Duta.
Acara selingan.
Jamuan makanan dari Indonesia.
Sesi berkenalan.
Share:

Catatan Popular

Arkib Blog