Hasil mesyuarat pertama Ahli Majlis PAPTI

Posted by Sekretariat PAPTI on Isnin, Julai 13, 2009
Mesyuarat ahli majlis PAPTI kali pertama telah diadakan pada 12 Julai 2009 di Bilik Mesyuarat Jabatan Biologi, Fakulti Sains, UPM Serdang. Dan antara keputusan mesyuarat adalah seperti berikut:

1. PELANTIKAN:
a) Mesyuarat bersetuju melantik Dr. Dasrilsyah Syahrial sebagai Bendahari Agung dan Sdr. Mohd. Safian Abdul Rahman sebagai Penolong Setiausaha Agung manakala jawatan Setiausaha Agung masih dikosongkan bagi mendapatkan calon paling sesuai.

b) Timbalan Presiden, Sdr. Lukman Ismail akan menerajui Biro Penerangan dan Publisiti manakala Drs. Onn Mohd Yusoff pula mengetuai Biro Sukan. Biro-biro lain akan ditentukan kemudian berdasarkan keperluan.

2) KUNJUNGAN:
a) PAPTI akan mengadakan kunjungan hormat terhadap TYT Tun Mohd. Khalil Yaakob, Yang Dipertua Negeri Melaka bagi melantik beliau sebagai Ahli Kehormat danpenaung PAPTI jika beliau bersedia.

b) Mengadakan pertemuan dengan YAB Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka / Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) bagi memupuk kerjasama dengan DMDI.

c) Mengadakan kunjungan dan pertemuan dengan Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Seri Da'i Bahtiar.

Semua kunjungan ini akan dilaksanakan secepat mungkin!

3) AKTIVITI:
a) Pertandingan golf amal PAPTI dengan jemputan VVIP TYT Tun Mohd. Khalil Yaakob selain pertandingan golf tertutup PAPTI

b) Memberikan kursus dan bimbingan kepada calon2 pelajar ke Indonesia dengan kerjasama agensi penghantaran pelajar.

c) Meningkatkan hubungan dengan Ikatan Alumni Indonesia ke Malaysia (IKAMA)

4) UCAPAN TAHNIAH:
a) Presiden dan Ahli Majlis PAPTI merakamkan ucapan tahniah kepada Tan Sri Salleh Mohd. Yassin kerana diberikan Anugerah Ganesa Wirya Jasa Adiutama oleh Institut Teknologi Bandung (ITB) sempena peringatan 89 tahun pendidikan tinggi di Indonesia.