Warta Serumpun 17 Ogos ini

Posted by Sekretariat PAPTI on Khamis, Ogos 07, 2008
Program berita bersama antara Malaysia dan Indonesia menerusi kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Televisyen Radio Indonesia (TVRI) yang dikenali sebagai Warta Serumpun akan disiarkan secara langsung pada 17 Ogos ini.

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Sabery Cheek berkata, rancangan selama tiga puluh minit itu akan disiarkan pada 12 tengah malam waktu Malaysia dan 11 malam waktu Indonesia yang akan menyiarkan berita termasuk isu berkaitan kebudayaan kedua-dua negara.

Untuk permulaan, siaran itu akan disiarkan setiap Ahad, katanya. - Bernama, 7 Ogos 2008