Tok Mat diserang angin ahmar

Posted by Sekretariat PAPTI on Jumaat, Jun 20, 2008
BEKAS Menteri Penerangan, Tan Sri Mohamed Rahmat atau lebih kenali sebagai "Tok Mat" dimasukkan ke unit nefrologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas diserang angin ahmar.

Laporan media hari ini menyebut, beliau yang pernah menjadi Penasihat PAPTI dikejar ke HKL oleh anak bongsunya, Nur Jasni kira-kira pukul 7 malam kelmarin setelah diserang angin ahmar yang menyebabkan sebahagian anggota badan kirinya lemah.

Setelah pemeriksaan dilakukan, Mohamed yang berusia 70 tahun, bagaimanapun hanya mengalami angin ahmar ringan serta tidak memerlukan pembedahan.

Sehingga petang semalam, keadaannya semakin stabil dan memberangsangkan malah boleh berkomunikasi seperti biasa dan berbual-bual dengan para tetamu.

Turut menemaninya di hospital ialah isterinya, Puan Sri Salbiah A. Hamid dan anak mereka, Datuk Nur Jazlan yang juga Ahli Parlimen Pulai, Johor.

PAPTI mengalu-alukan semua ahli yang mempunyai masa terluang agar dapat menziarahi Tok Mat yang menjadi Penasihat PAPTI dalam tahun-tahun 1980-an itu sepanjang beliau dirawat di HKL.