Mesyuarat Agung PAPTI 28 Jun ini

Posted by Sekretariat PAPTI on Isnin, Mei 05, 2008
MESYUARAT Agung Tahunan Persatuan Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI) akan diadakan pada Sabtu, 28 Jun 2008 di Bilik Serbaguna, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia, Serdang mulai 9.30 pagi.

Semua ahli berdaftar dan mereka yang belum menjadi ahli tetapi berminat untuk menghadiri mesyuarat agung tersebut dijemput untuk menghadirinya.

Maklumat lanjut, sila hubungi Presiden PAPTI, Prof. Madya Dr. Ismail Abdullah (019-3860824) atau Setiausaha Agung, Drs. Hasbullah Abu Kasim (019-2769166).